Thursday, August 26, 2010

6 Tips kekal sihat di bulan puasa

1. Jangan tinggalkan sahur
Most people memang susah sangat nak bangun sahur dengan alasan takut mengantuk nak pergi kerja...ada jugak yang mengamalkan makan sebelum tidur...ishk korg ni...xelok camtu taw...sahur adalah amat penting malah sangat disarankan...semasa berpuasa tubuh kite tidak mendapat bekalan gizi selama kurang lebih 14jam...ini lah sebabnya kite digalakkan untuk melambatkan sahur supaya badan kite mendapat bekalan tenaga yang secukupnya...untuk menu sahur, sebaiknya pilih makanan berserat dan berprotein tinggi kerana ia akan membuat proses pencernaan lebih lambat dan membantu insulin dikeluarkan secara bertahap...kurangkan makanan manis kerana insulin akan dikeluarkan secara cepat dan akan membuatkan anda cepat lapar di siang hari.

2. Cepatkan berbuka
Jangan tunda2!!...sebaiknya minum / makan benda yang manis kerana makanan bergula mengembalikan tenaga yang telah hilang secara instant...juga elakkan minuman sejuk / ais dan minuman bergas kerana ini boleh menyebabkan proses percernaaan tidak berfungsi secara normal.

3. Makanlah secara bertahap
Ha!!!!...memang confirm tak ramai yang buat tabiat ni...setahu aku bila dengar jer bunyi azan, segala2nya kalau boleh nak disumbatkan ke dalam perut...semua nampak sedap jer...tak elok untuk perut yer kawan2...iye la...dah seharian perut kita kosong...bila kita berbuka@makan dengan jumlah yang besar, perut mesti lah terkejut...itu yg tiba2 rasa nk muntah, kembung, macam2 la...ini juga akan menyebabkan badan kita tidak dapat menghadam dan memproses makanan dengan sempurna...amalkan makan secara berperingkat ok...xlarinya makanan atas meja tu (maybe habis jer la kot...hehehe)

4. Bersenam
Siapa kata bulan puasa xboleh exercise?...memang la boleh, tapi aktiviti2 ringan sahaja...jangan la masa puasa korg bantai pergi berlari 5km pulak kan...itu memang mengundang padah la...cukuplah dengan berjalan, lari-lari anak atau mengemas rumah, berkebun, membasuh kereta dan memasak sebagai alternatif untuk kekal cergas di bulan puasa...selain itu, tarawih juga dikira sebagai salah satu cara untuk bersenam kerana ia boleh membakar kalori.

5. Minum cukup air
Organ2 dalam badan kita memerlukan air untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik...tapi jangan la sebab aku cakap kena banyak minum air, korg pergi selamba badak jer minum air depan org kan...not good!!...pastikan masa bersahur korg dah supply badan korg dengan air yang secukupnya (8 gelas sehari) supaya tak rasa sangat kering nanti.

6. Kendalikan emosi
Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu...puasa mengajar kita untuk banyak bersabar dan cuba untuk menguruskan emosi...kombinasi antara pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal yang berseuaian, rehat yang cukup dan emosi yang stabil menjadikan badan kita lebih sihat walaupun kita sedang berpuasa.


....selamat mencuba dan selamat beramal!!!....

No comments:

Post a Comment