Thursday, January 27, 2011

Luahan Sang Suami: Rawatan muka oleh Isteri

Fuhh! Ini nak cerita sedikit amalan aku yang wajib dibuat setiap bulan, sebulan sekali mesti kena buat, kalo tak, hilang kesexyian dan kemachoan I.. Auuuwww..! Aktiviti ni isteriku mmg suka sgt buat kat aku, suka sgt dia bt experiment kat muka aku, katanya, lelaki pun kena jaga muka, so aku redha jelah.. disini aku nak cerita sedikit langkah2 rawatan muka yang dipraktikan oleh isteriku terhadapku..

Yang pertama, cuci muka dan scrub muka dahulu, jenama yang digunakan adalah SIMPLE kerana pencuci muka ini tidak mengeluarkan buih yg byk dan amt sesuai utk kulit muka yg sensitip. Yang kedua, wap kan muka anda supaya rongga2 hidung terbuka luas bagi mempermudahkan proses mengeluarkan bintik2 hitam.



Wap yang digunakan adalah Iron stand FIRENZZI.. Iron stand ni serbaguna, iron baju boleh, bt facial pun blh.. hahaha.. bab nk keluarkan bintik2 hitam kat hidung tulah yg amat menyiksakan batin aku, sakit gile kot, sampai nangis aku dibuatnya..

Yang ketiga, mask for men disalut keseluruh muka aku, mask ni murah je, beli kat Watson je. RM9.90.. lps tu kena tunggu dalam 15minit sblm mask dicabut. Masa nak cabut mask mmg aku paling suka, terasa semua segala daki2 dan bintik2 hitam hilang kt muka aku ni, mmg rasa fresh after buka mask ni.. best gile kot!


Itulah serba sedikit langkah2 bagi mereka yg ingin buat facial sendiri kat rumah dan yg tiada bajet mcm aku ni.. huhu.. diharap ilmu yang saya sampaikan ini dpt dimanfaatkan oleh tuan2 dan puan2 sekalian.. mcm bg ceramah kecantikan lah plak.. hahaha.. kepada isteriku, terima kasih kerana membuat saya jelita sepanjang masa! Jom masuk bilik.. bye!



Published with Blogger-droid v1.6.6

1 comment:

  1. Assalamualaikum...suweettt aje korang kan..hihi..bahagia sampai akhir hayat..

    ReplyDelete